::Duniamu dan duniaku berbeza::

June 09, 2012

Mencari Keredhaan ALLAH!!

Abi Abbas r.a telah berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda : Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya. nescaya ia mendapat perhatian Allah. (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)




Mukadimah Hadis

Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.



Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredhaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenalkan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan anusia dan pandangan Allah.

5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin yang mengangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. <akhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat di kalangan ereka yang suka mencari peluang mendapatan kuasa, pengaruh, pangkat, harta dan sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kenurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredhaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62 ;

"Mereka bersumpah kepada kamu dengan naa Allah untuk mendapat leredhaan kamu, padahal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredhaannya, jika betul mereka orang yang beriman."

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku di hadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untu mendapatkan kepuasan nafsu dan keredhaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.



Pengajaran

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredhaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredhaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang dimurkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya petunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan petunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulan

Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..\

No comments:

Post a Comment