“Seandainya
engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga
perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara
& sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang
itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu
kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak
pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa
perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang
yang sifatnya seperti berikut :
§ Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi
kamu.
§ Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia
akan membalas balik persahabatan kamu.
§ Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia
akan membantu kamu.
§ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan
kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
§ Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan)
daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
§ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada
kamu, dia akan menutupnya;
§ Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan
mengusahakannya.
§ Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak
meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
§ Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia
akan meringankan kesusahan kamu.
§ Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan
membenarkan kamu.
§ Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan
membantu kamu.
§ Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia
lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN
aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG,
KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN,
BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan,
iaitu:
TEMAN
BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,&
MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
P/S :
Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu
pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang
kehidupan.
No comments:
Post a Comment