::Duniamu dan duniaku berbeza::

December 18, 2015

Graduation

Mereka
Ada saat aku
Jatuh bangun
Sepanjang 3 tahun
Pengajian di UUM..

28 Oktober 2015
Bergraduasi aku bersama mereka
Alhamdulillah..



















July 24, 2014

Salam Aidilfitri


Coz posting raya picture in melayu and kurung is too mainstream..
Salam perantau..



June 05, 2014

Sayang ke tak


Kalau tanya aku,
Sayang ke tak,

3 tahun
6 semester

Buat baik
Buat jahat
Meniru kuiz
Meniru esaimen
Meniru final
Repeat paper
Ponteng kelas
Mengata mengumpat lecturer
Tolong sain attendance
Tolong siapkan esaimen
Tolong jawab kuiz
Jalan jalan
Gurau senda
Jatuh bangun
Semua tu
Buat sama sama

Lepas ni
Masing masing
Ikut
Haluan sendiri

Korang rasa,
Sayang ke tak.





May 02, 2014

Terasa


Aku dah kata

Jangan lebihkan
Sorang je

Nanti lagi
Sorang terasa

Takkan dia 
Nak cakap 
Dia terasa kot?

March 25, 2014

S.A.H.A.B.A.T























Sahabat sekeliling ini bukan mesin, di set kan A maka proses dan hasilnya A sampai la sistem atau mesin rosak.


Sahabat sekeliling adalah manusia, mereka ada naluri, mereka punyai perasaan untuk difikirkan bersama, jangan kita ini menganggap sahabat sekeliling seperti tunganggan, berhatilah, belai dan jagalah hati sahabat, dan cuba lah fahami mereka sebaiknya.



Janganlah kita menjadi TIDAK MALU untuk meminta dan mengarahkan sahabat untuk sesuatu kerja, NAMUN malu untuk bertanya khabar, merapatkan diri, dan mengatakan sayang pada sahabat, tak rasa zalim ka? Kita marah bila sahabat tak ingin mengikuti kita, tetapi apa yang kita beri kepada mereka, mesin pun perlu dibeli, takkan sahabat yang lebih kompleks ini, kita boleh abaikan begitu saja.

Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan ada seorang sahabat yang ingin pergi melawat seorang sahabatnya. Allah hantar seorang malaikat kepadanya dan bertanya, “Kemana kamu mahu pergi”. Jawab sahabat itu, “Aku ingin melawat sahabatku”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah kamu mendapat apa-apa daripadanya?” Jawabnya, “Tidak, aku ingin melawatnya semata-mata kerana Allah”. Kata malaikat lagi, “Wahai si fulan, ketahuilah sesunggunya Allah menyayangimu kerana kau menyayangi sahabatmu kerana Allah”.

Oleh itu, dalam bersabahat, niatkan untuk bersahabat sehingga ke syurga!

Dalam bersahabat, adalah sunat untuk kita mengucapkan kasih sayang kepada rakan dan sahabat.

BERSAHABAT ITU BERPAHALA